"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Mesyuarat EKSA Lebuh Armenian Bil. 1/2017

Pada 12 Januari 2017, jam 3.30 petang buat julung-julung kalinya untuk tahun ini telah diadakan Mesyuarat EKSA Lebuh Armenian Bil. 1/2017. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Ketua Zon Lebuh Armenian yang baru iaitu Tn. Hj. Mohd Yusri Bin Salleh yang juga merupakan Pen. Pendaftar Kanan MRSPPU. Mesyuarat  bersetuju untuk melantik En. Mohd Nasri Bin Yahaya (PT Kewangan) sebagai Setiausaha lebuh yang baru bagi menggantikan En. Mohd Shakoff Bin Rosli yang telah berpindah ke Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Mesyuarat juga bersetuju melantik Encik Abd Hamid Bin Bostami sebagai AJK Kitar Semula yang baru diwujudkan di peringkat induk.

Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini antaranya perlantikan PIC bagi setiap kawasan dan juga persediaan menghadapi Audit Dalaman Induk EKSA Bil 1/2017 yang dijadualkan akan diadakan pada 17 hingga 24 Februari 2017. Semoga warga Lebuh Armenian dapat memberi komitmen dalam perlaksanaan EKSA dan menjadi lebuh yang terbaik antara yang terbaikkk! InshaAllah :)




Share

Twitter Facebook